Saturday, May 31, 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih



As-Salam

[Jika nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Nasibah Khushairy , Kasih Lestari Abadi , Nor Farihan Ayob , Nannie Isa , dan yangbaik .

Jom join ramai-ramai!
Read More

Friday, May 30, 2014

Review: Enchanteur Paris Whitening Body Lotion


Sarawak ni nama ja banyak hutan, tapi panas dia "yaqpursallam". Aduhai, dulu aku sentiasa pakai kasut sneakers. Jadi putih sungguhlah kaki kalau nak dibandingkan dengan muka. Disebabkan kejadian kaki aku jadi sakit tu, maka aku kurangkanlah memakai kasut bertutup.

Masalahnya, sebulan aku bertukar kasut sandal, berbelang kaki! Masalah besaq ni. Aku tengok dah macam alien dah. Tengah kaki hitam, keliling putih. 

Demi untuk mengembalikan kecantikan kulit sebenar, aku mencuba produk terbaru dari Enchanteur Paris. Body lotion atau serum ini ada 4 series.

All-in One Whitening
Set ini ada banyak kegunaan, untuk memutih, melembut dan ada pelindung dari cahaya matahari dengan SPF24+++.

  • SPF24+++: memastikan kulit terhindar dari sinaran UVA & UVB matahari
  • Licorine: mencerah dan mnyeratakan warna kulit
  • Hyaluronic: untuk kelembapan 24 jam

Komen: Bau dia sedap macam aku pakai minyak wangi, aku suka pakai selepas solat. Losyen dia pun jenis tak melekit. Cepat menyerap, tapi seriusly lubang botol ni memang besar, pandai-pandailah nak guna supaya tak tersembur keluar semua. Dan aku sentiasa letak losyen ni dalam beg. Sebelum ni aku tak suka pakai losyen sebab macam melekit dan tak selesa. Tapi bukan dengan losyen ni. Aku bagi 4/5 bintang! 

Firm & Repair
Set ini aku tengok macam lebih sesuai kepada mak-mak kita sebab dia boleh mengembalikan keremajaan dan menyihatkan kulit!

  • Micro Collagen: menguat dan menganjalkan tisu badan, untuk keremajaan kulit
  • Swiss Edelweiss: melindungi kulit dari radikal bebas dan memperbaiki kulit rosak di malam hari
Triple Whitening
Kalau rasa nak kulit putih bersinar bolehlah try set ni. Nama pun pencerahan sampai 3 kali berganda kan. Bahan yang terkandung adalah:
  • Vitamin B3: dapat mengelakkan pigmentation dan memberhentikan pertumbuhan melanin yang menghitamkan warna kulit
  • Sakura: membantu menyeratakan warna kulit
  • Licorine: menghalang tumbuhnya pigmen gelap di kulit
 Light & Fresh
Lotion ni lebih kepada water-based dan cepat menyerap da memastikan kulit cerah, segar dan lembap! Bagus untuk kegunaan diluar sebab baunya yang fresh dan segar walaupun dalam cuaca panas.
  • Menghalang sinaran UV
  • Licorine: mengelakkan pigmen gelap
  • Poutulaca & Aloe Vera: melembapkan kulit

Marilah kita tengok perubahannya nanti..
Read More

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday@13



Read More

Monday, May 26, 2014

Kanak-kanak Comel Pelat Nyanyi Let It Go


Subuh-subuh ni tergelak sensorang aku tengok kanak-kanak comel yang pelat menyanyi lagu Let It Go, Frozen. Seriously aku masih demam Frozen..hehehe..

Paling tak tahan part menguap tu, comel + innocent je bebudaknya..
Read More

Sunday, May 25, 2014

Saturday Hang-out


Dengan hidung yang kembang kempis sebab selsema, boring punya pasal, menggatal nak ikut housemate ke Summer Mall*best sebab ke mall jalan kaki jer..

Kita mengisi perut yang berkeroncong di SCR dulu. Ramai gila manusia di mall sebab ada pertandingan menari tradisional sempena gawai. Perut teringin nak makan laksa sarawak sebab lepas ni dah balik semenanjung susah dah nak cari.
laksa sarawak, scr, summer mall
Pastu bershopping di Servey membeli stok makanan dan singgah sebentar di Watson dan Guardian. Selesai bershopping, kaki aku ni menggedik nak naik di atas untuk cuci mata tengok baju. Sebab banner di luar tunjuk Hari Hari buat sale sempena Gawai. Menonong ja aku berwindow shopping sensorang di mall. Housemate semua dah balik rumah. Aku malas nak susahkan depa, aku ni nak membeli jenis yang pricky!

Pusing punya pusing, semua kedai aku masuk demi untuk mencari maxi cotton. 
Akhirnya..
summer mall, vunfa young, vunfa, shopping
Cuba teka aku dapat 3 baju ni dengan harga berapa? Di Vunfa Young boutique, aku dapat 3 baju dengan RM60!
Blue shirt: RM25 (harga sebenar RM59.90)
Maxi stripe: RM15
Grey cardigan: RM20

Itulah kisah shopping aku di Summer Mall.

Sebelum balik rumah, teman kawan dinner di Satria Asam Pedas, nasi goreng kampung..
Satria Asam Pedas, nasi goreng
Balik rumah tidur dengan kepenatan berjalan dan kekenyangan. Alhamdulillah..

Anda suka bershopping? Selalu bershopping di mana dan berapa selalu habis? Kongsikan..
Read More

Saturday, May 24, 2014

Selamat Tinggal Cadbury!


Selama ini, engkaulah pujaan hati perutku dikala mulut gatal nak makan coklat!
cadbury
Kini katakan TIDAK pada CADBURY!
 Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.

Rasanya walaupun dua ketul coklat tu sahaja yang telah diharamkan kerana mengandungi bahan terlarang, aku sendiri dah jadi was-was dengan produk dia yang lain. Maaf Cadbury, hati aku sudah ragu-ragu. 
cadbury
cadbury

Apa lagi produk coklat lain di Malaysia ya?
Read More

Segmen : Cari Followers Mei !


http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/05/segmen-cari-followers-mei.html 

 Jom kita berkenalan dengan newbie baru dalam dunia blog ni..
Jom ramai-ramai follow cik blogger ni jugak..

Salam perkenalan cik blogger!
Read More

Melawat Pameran CIPTA 2014


unimas
Alang-alang otw ke kelas Inland & Coastal Fisheries yang bermula lambat pada hari Khamis lepas, aku sempat berkunjung ke CIPTA 2014 di fakulti FSGK.

Bermacam-macam alat yang dicipta, paling aku speechless, alat untuk cover mayat di kemalangan. Aku macam..krikkrikkrik..kreatif betul orang-orang seni ni. Sampai aku pun tak terfikir. Patutlah lecturer depa strict dan dengan bangganya boleh mem'failed'kan final year project depa kalau tak bertepati dengan syarat.

cipta 2014, fsgk, unimas
Memang Daebak. Waktu aku melawat di sana, ada ramai orang-orang besar datang melawat. Stesyen tv RTM pun ada membuat penggambaran. Mungkin masuk berita kot.

fsgk, unimas, cipta2014
Ucapan dari Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais-Sumber
Disebabkan kusyuk tengok segala mak nenek dalam tu, terlewat masuk kelas. Nasib baik Dr. Kerol belum masuk lagi. Pheww..

Paling aku excited, itulah hari terakhir untuk aku belajar kelas di CTF2*central teaching facilities, punya seronok macam nak terjun tasik..eh! Jangan! Belum exam lagi!

Unimas, Tasik Unimas, ctf1
Owh! Aku akan merindui tempat ni. Makin dekat nak habis study di sini, semua pemandangan jadi moment indah. Sedangkan dulu selalu tersumpah seranah sebab kelas jauh macam dari Kutub Utara ke Kutub Selatan T___T

Dah nasib semester ni hari Khamis kelas dari tengahari sampai malam..
Read More

Thursday, May 22, 2014

Tuan Rumah Pembantu Rumah


Ada cerita baru yang akan menggantikan Yess Boss, iaitu Tuan Rumah Pembantu Rumah! Cerita ini juga adalah adaptasi dari novel. Excited nak tengok sebab Nad Zainal yang comel berlakon!

Cerita ini akan bermula penyiarannya pada 31 Mei 2014.

Read More

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday @12




Read More

Monday, May 19, 2014

The 2nd Liebster Award


 Kali ini aku ditag oleh seorang lagi blogger Khamsi Abdullah.Terima kasih tag!


1. Kenapa anda berblog?
Timm suka berblog sebab suka berkongsi suka duka seorang pelajar yang merantau di bumi Sarawak.
2. Sudah berapa lama anda berblog?
Berblog dari Mac 2011, kiranya dah 3 tahun berblog. Alhamdulillah..
3. Anda rasa anda berblog sampai bila?
Rasanya  apabila dah bergraduat terus nak stop berblog kot..masih dalam perancangan..Siapa setuju Timm stop berblog angkat kaki! *hehehe
4. Anda pelajar ataupun bekerja?
Masih lagi memegang title student..
5. Apakah pendapat anda terhadap realiti kehidupan di Kuala Lumpur?. Di Malaysia bagi yang tak tinggal di Kuala Lumpur.
Timm tak tinggal di Kuala Lumpur, tapi mak abang ipar tinggal disana. Kuala Lumpur kan ibu negara Malaysia, secara realitinya kalau hidup di sana agak senang sebab semua urusan sentiasa di Kuala Lumpur. Kawan-kawan timm dari sana pun semua balik-baik, tak tau kenapa dalam cerita atau filem orang-orang KL dilabel sebagai rosak/jahat/sosial??
6. Apakah buku yang anda rasa paling terkesan selepas membacanya? Kenapa?
Buku motivasi Kahwin Pada Usia Muda! Timm punya pemikiran tentang perkahwinan terus bertukar dari negatif ke positif. Lagipun timm dibesarkan dalam keluarga yang semua adik-beradik kahwin lambat. Jadi, timm agak kurang berminat+tak tahu langsung tentang alam perkahwinan..
7. Apakah filem yang anda rasa paling terkesan selepas menontonnya? Kenapa?
Filem 2012. Walaupun cerita dia agak merapu, tapi kita sebagai Muslim memang tahu yang satu hari nanti dunia kita akan hancur yakni, Hari Kiamat. Sekurang-kurangnya dapat jugak insaf dan diambil nilai positif dari cerita tu..
8. Oleh sebab saya minat seni. Cabang seni apakah yang anda minati dan kenapa?
Seni eh..? Timm suka seni vokal kot. Sebab zaman sekolah dulu rajin masuk pertandingan nyanyian. Dah masuk universiti, timm tolong kawan-kawan jurusan musik untuk jadi vokalis..
9. Apa yang anda nampak pada diri anda pada 5 tahun yang akan datang? (Kerja, kehidupan, ekonomi etc.)
Timm dah selesai membayar PTPTN, dah ada kerja, & mungkin dah ada buah hati kot? HAHAHA!! Amin..
10. Apakah pencapaian anda paling besar setakat sekarang?
Pencapaian yang paling besar ialah ditauliahkan menjadi Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM).
11. Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers?
Kepada blogger Khamsi Abdullah dan rakan-rakan blogger lain, keep up blogging! Marilah kita bersama-sama memeriahkan dunia blog dengan info yang berguna sambil menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain supaya masing-masing dapat mengumpul pahala!

 Disebabkan aku agak busy dengan assignment dan urusan lain dihujung semester, tak dapatlah nak bertag-tag dengan blogger lain untuk The Liebster Awards ni. Minta maaf ya..

Happy Monday guys!
Read More

Sunday, May 18, 2014

Kasut Raya dari Sarawak


Bersempena 16 Mac hari tu, aku menemani kawan untuk mengambil telefon Samsung Mega yang pecah skrin! di Plaza Merdeka, Kuching.

Urusan disana sekejap je, alang-alang dah di mall. Pusing-pusing cuci mata. Termelekat pulak di VERN'S. Cantik pulak tengok kasut wedges yang dia display. Rupanya..
OMOMO! Dah last day pun! 

Wedges lama aku pun dah nak terkumpil tapak*mencari alasan gayanya. Alang-alang, aku berjaya memujuk kawan aku seorang lagi beli. Maka, dapatlah 2 kasut dengan harga:
RM75.90+RM9.00
Total=RM84.9
Bahagi dua orang;
RM42.45

Untunglah kami pada hari itu. Kasut raya pun aku dah dapat sekarang ni. So, selepas ni, jangan menggatal membeli kasut lagi. Tapi, aku mengaku sendiri, aku bukan yang jenis suka mngumpul kasut. Aku hanya akan beli kalau betul-betul kasut tu aku tak ada, atau kasut rosak. Tak elok membazir kan, membazir amalan syaitoon..

Nak tengok kasut?

p/s: Perempuan dan kasut memang tak dapat dipisahkan. Aku sendiri tak pernah ada kasut macam ni. Sebelum ni selalu hentam pakai sneakers untuk semua baju..including baju kurung..dasat kan..
Read More

Saturday, May 17, 2014

Persahabatan Antara Burung Hantu & Kucing


Kenal tak dengan Fum & Gebra? Mai kita layan video ini dulu:

Tersentuh sangat tengok persahabatan antara berlainan spesis ni. Sebelum ni dah pernah tengok video ni. Tapi tak pernah pulak korek mr. Google tentang mereka. 

Baca punya baca, sedih pulak, rupanya kucing (Fum) sudah mati tahun lepas. Sedihnya. Paling sedih aku baca ayat dari website berita kematian Fum
"Now Gebra (owl)
 will fly higher and higher to reach with her feathers’ caresses his friend Fum, who is in heaven"

Tersentuh tengok persabatan mereka.Kadang-kadang kita sesama manusia pun ada yang berdengki, bergaduh, iri hati, tak menghormati orang lain. Kekadang kita perlu belajar dari alam sekeliling dan mengambil iktibar. Betul tak? Semoga aku sendiri pun dapat beristiqamah dalam persahabatan.

Nak tengok lagi video comel mereka, jom ke Facebook FUM & GEBRA. Walaupun dah tak ada update video lagi tentang mereka. Admin page tu selalu update tentang persahabatan macam Fum & Gebra. 

 Selamat Berhujung minggu kawan-kawan!
p/s: Tiba-tiba teringin nak membela burung hantu macam Hedwig dalam Harry Potter.. 
Read More

Friday, May 16, 2014

Asam Garam Pelajar


Alhamdulillah, dua tiga hari ini, aku mula mendapat banyak rakan-rakan blogger yang baru, follower baru, komen pun banyak. Semuanya gara-gara The Liebster Award dan Segmen dari Mamaniza. Terima kasih kepada yang berkenaan.

Dua tiga hari ini jugak, rutin aku sebagai pelajar di tahap yang maksimum punya penat! Bermula dari hari Rabu, aku dan 4 orang ahli kumpulan mula shooting untuk video montaj subjek Technology Multimedia. Bayangkan kita perlu selongkar fakulti FCSIT. Habis shooting, petang aku kerja part-time lagi. Balik rumah terus kiok!

Esok paginya, Khamis sepatutnya aku extra rehat sebab kelas bermula petang. Tapi, pagi-pagi lagi dengan sakit kepala ada shooting lagi di depan pintu UNIMAS. Panas pulak hati aku sebab asyik orang yang sama buat kerja sedangkan ahli kumpulan 10 orang..

unimas, pintu masuk unimas, student
Jangan tertipu dengan gambar hokeyh. Konon professional mengambil gambar dan rakaman, sedangkan menggigil tangan. Dukacita juga dimaklumkan dslr Nikon yang cantik itu bukan aku yang punya. Pinjaman semata-mata..

unimas
Tersangatlah penat Tuhan sahaja yang tau. Petang ada kelas pulak, sepatutnya bermula dari 2:00pm. Dianjak pukul 4:00pm, bergegas pulak untuk kelas pukul 5:00-8:00pm. Memang aku rasa kalau dikira berapa jarak aku berjalan bolehlah dibuat rekod!

Balik pulak, 2 bas ke Desa Ilmu penuh! Terpaksa naik bas dalam. Terpaksalah jalan kaki jauh untuk balik rumah. Alang-alang kepenatan, kaki gatai menyinggah Summer Mall membeli Ucha, Coconut Smoothie*ala, blended-blended macam Cool Blog tu..Perut yang lapaq pun minta diisi. Singgah ke Warung 2000 sambaq Kuey tiaw tomyam..
Desa Ilmu, warung 2000, kuew tiaw tomyam, coconut smoothie
Bulan semalam memang tersangatlah cantik sebab full. Ada sesiapa yang nak bertukaq menjadi Warewolf? *nampak sangat termakan cerita Twilight.hehe..

Desa ilmu, bulan penuh
Sekian, cerita semalam..

Happy Friday Guys! Kepada insan bernama lelaki yang gagah perkasa di luar sana, jangan lupa solat Jumaat!
Selamat Hari Guru!!
Kepada: Cikgu + cikgu Tadika Kemas Masjid Sungai Ular, Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kolej Matrikulasi Perlis & Universiti Malaysia Sarawak! *juga kepada cikgu tuisyen PMR dulu, Pusat Mahir Minda..
Read More

Wednesday, May 14, 2014

Blogger Parah


Oh tidak! Tuan blogger ni dah cedera parah. Tercedera kerana HOMESICK disebabkan status yang telah dishare di Facebook.


Mak, tunggu maksu balik..setelah dikira, dicampur, ditolak, dibahagi, tinggal 42 hari lagi untuk balik kampung.
Read More

Tuesday, May 13, 2014

The Liebster Award


Alamak, aku ditag benda ni oleh Blogger PCL. Sebagai blogger yang baik dan sweet, aku joinlah The Liebster Award ni.

Jom aku nak menjawab 11 soalan yang dikemukakan:
1. Sejak bila anda mula berblog?
Timm mula berblog sejak dari Mac 2011. Sekarang ini kiranya sudah 3 tahun timm berblog. Alhamdulillah..

2. Pernah mengenali Blogger PCL sebelum ini?
Memang tak pernah lagi timm kenal dengan blogger PCL sebelum ni. Mula kenal apabila blogger PCL follow  timm & tag timm semalam. Hehehe..

3. Niche Blog yang digemari?
Niche blog? Apa tu?
p/s: Pembetulan 14 Mei,..niche blog timm ni lebih kepada blog personal yang ada banyak cerita aktiviti yang timm suka join di universiti dan di rumah! Terima kasih banyak blogger PCL. Banyak pulak belajar dari 11 soalan ini.

4. Warna tema blog kegemaran?
Warna pink! Biasalah typically perempuan kan. Tapi nanti nak tukar warna purple pulak..

5. Apa hobi anda selain blogging?
Membaca! Suka membaca buku motivasi, novel, cerita seram..

6. Suka baca entri panjang berinformasi?
Walaupun entri panjang, tapi kalau berinformasi memang tak kisah. Sebab tak rugi membaca informasi yang bermanfaat kan?

7. Nama Blog pilihan anda yang tak jemu-jemu lawati?
Blog Azhafizah, Blog Nick Nashram & Blog Santai..

8. Apa pandangan anda tentang meninggalkan komen disetiap blog yang dilawati?
Wajib bagi timm untuk tinggalkan komen. Tapi, bergantung kepada faktor masa, kuota broadband dan info sama ada menarik untuk dikomen atau tak perlu (kalau dok cerita pasal pakwe je, memang sorry la nak komen, geli..)

9. Adakah anda suka meninggalkan komen semasa blogwalking?
Ya saya!

10. Anda Blogger negeri mana?
Kedah mari!

11. Soalan trick : Bagaimana anda melihat seekor buaya di dalam zoo?
 Emm, tengok warna dia, tengok mata dia yang menakutkan..tu sahaja kot..

Berikut 11 soalan untuk rakan blogger yang akan ditag:
1. Berapa lama anda sudah berblogging?
2. Apakah pencapaian anda yang terbaik dalam dunia blog?
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan blog?
4. Siapakah sifu anda dalam dunia blog?
5. Bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia blog?
6. Kenangan pahit anda dengan dunia blog?
7. Haiwan apa yang anda suka dan obsess!
8. Anda berasal dari mana?
9. Destinasi percutian anda yang paling havoc?
10. Apakah impian dan cita-cita anda di tahun 2015?
11. Anda beraya di mana tahun ini?

Untuk The Liebster Award ini, aku nak tag:
 Alynn Azman (my new blogger friend!)
Read More

Monday, May 12, 2014

Cek Rindu Mak..


Semua di facebook dengan blog pakat-pakat ucap selamat hari ibu, update status pasal mak..

Aku cuma tukar profile picture lama gambar dengan mak sahaja. Tiba-tiba semalam boleh aku mimpi pasal mak, bangun sahaja dari tidur sudah berjurai-jurai air mata.
Bersabar wahai hati, tinggal lagi 2 bulan lebih untuk berjumpa dengan mak. Mak tunggu maksu balik tau. Alhamdulillah aku balik kampung nanti pun, mak sponsorkan tiket flight. Terima kasih mak!

Read More

Sunday, May 11, 2014

Web Wajib Dibuka!


Benda yang aku wajib aka pasti aka akan buka kalau buka internet:
Anda pula web apa yang wajib untuk dibuka disaat membuka alam maya? Selamat berhujung minggu!
Read More

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com




Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com